INDIA perlu menjadi lebih 'mesra' perniagaan sejajar dengan harapan para pelabur, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsein Loong, sambil merujuk kepada soal pengambilan tanah, peraturan ketat dan kerumitan undang-undang sebagai hambatan terbesar.
"Bagi membolehkan perdagangan berkembang, India perlu membuat keputusan strategik yang anda mahu menggalakkan saling pergantungan, lebih terbuka dan ekonomi lebih berasaskan perdagangan," tambah beliau yang berada di India dalam rangka lawatan lima hari, dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The Hindu.