Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM puji masyarakat Islam kreatif buat penyesuaian sambut Raya

May 23, 2020 | 09:34 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan Selamat Hari Raya kepada masyarakat Islam di sini.

Menerusi laman Facebook beliau tadi (23 Mei), Encik Lee berkata masyarakat Islam telah memanfaatkan teknologi secara kreatif untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan ahli keluarga dan teman-teman Hari Raya ini meskipun tidak dapat bersama secara fizikal.

“Esok, 1 Syawal, menandakan cukup sebulan rakan-rakan Muslim kita berpuasa. 

“Seperti Ramadan yang berbeza kali ini, penyesuaian juga perlu dibuat bagi sambutan Hari Raya,” ujarnya.

Sebagai contoh, masyarakat Islam pergi ke masjid dan kemudian kunjung-berkunjung ke rumah sanak-saudara pada pagi Raya.

Namun tahun ini, mereka akan mendengar laungan takbir Raya dah khutbah oleh Mufti Negara, menerusi radio dan media sosial dari rumah masing-masing. 

Jalan Raya pula dibuat di alam maya. 

Encik Lee turut menarik perhatian bahawa Saluran 5 juga akan menyiarkan rancangan khas untuk mengajak rakyat Singapura yang lain sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya bersama masyarakat Islam.

Ini selain rancangan tahunan Suria, Sinar Lebaran, yang disiarkan malam ini.

“Pandemik Covid-19 ini akan berlalu. Namun apa yang akan berkekalan adalah semangat Hari Raya dan harapan kita bersama untuk masa depan yang lebih cerah. 

“Kepada semua umat Islam, semoga anda bergembira di hari mulia ini,” kata Encik Lee.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3