Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

PM: Sokongan untuk keluarga terus diperkukuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM: Sokongan untuk keluarga terus diperkukuh

Jun 05, 2022 | 05:30 AM

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah akan terus menyokong keluarga dan memupuk pembentukan keluarga 'kelahiran Singapura'.

Menekankan demikian di pelancaran acara Minggu Keluarga Nasional (NFW) semalam, Encik Lee berkata satu fokus utama adalah menanam nilai kekeluargaan dalam anak-anak sejak awal seperti kasih sayang, kepedulian, keprihatinan, hormat dan komitmen.

Ini nilai yang menjadi tunggak keluarga kukuh, katanya.

"Pemerintah akan terus menyokong keluarga kita dan memupuk 'Keluarga Kelahiran Singapura'. Manfaat perkahwinan dan keibubapaan kita membantu warga Singapura sedar akan aspirasi dan memulakan keluarga.

"Dasar milik rumah kita membenarkan ramai untuk memiliki flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan membesarkan keluarga.

"Kita telah meluaskan pendidikan prasekolah, untuk memberi setiap kanak-kanak warga Singapura permulaan yang baik dalam kehidupan; dan kami akan terus meluaskan sokongan bagi warga senja agar mereka dapat menua dengan sempurna dalam masyarakat," katanya.

Bertemakan "Ya pada Masa Berkeluarga - Di Mana-mana, Bila-bila", karnival percuma dua hari di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura bermula semalam dan berakhir hari ini.

Karnival serupa juga akan berlangsung di tiga lokasi lain - yang dekat dengan estet perumahan - Our Tampines Hub, pusat beli-belah Lot One dan Northpoint City - mulai hari ini hingga 12 Jun depan.

Karnival tersebut akan menyediakan gerai-gerai bagi ibu bapa mendapatkan akses sumber berkaitan keluarga, sementara si kecil dapat bermain di taman permainan seperti boya istana.

Acara tahunan itu yang akan berlangsung semasa setiap cuti sekolah pertengahan tahun, menerapkan kegiatan yang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ia dianjurkan pertubuhan bukan raih keuntungan, Keluarga Sepanjang Hayat (FFL).

Tahun ini merupakan Tahun Menyambut Keluarga Singapura.

Dalam ucapannya, Encik Lee berkata keluarga amat penting untuk membentuk individu yang berdaya tahan.

"Mereka membentuk sikap dan nilai kita, melakar personaliti dan kepercayaan kita dan mengukuhkan sifat milik kita pada masyarakat.

"Mereka juga barisan hadapan kepedulian dan sokongan kita," katanya.

Encik Lee menambah mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang utuh lebih berkemungkinan berbuat demikian juga untuk diri mereka semasa mereka dewasa.

Namun, sesetengah keluarga memerlukan lebih banyak bantuan berbanding yang lain, kata Encik Lee.

Perikatan untuk Bertindak bagi Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga (AFAM) bertujuan menyokong keluarga sedemikian - seperti keluarga dengan anggota yang menjalani hukuman serta ibu bapa tunggal.

Semasa ditemui selepas acara itu, Pengerusi Majlis FFL, Encik Ishak Ismail, yang ditemui Berita Minggu berkata:

"Tahun ini kami paparkan nilai-nilai kekeluargaan menerusi NFW dan kami sediakan ruang yang memberi tumpuan kepada setiap nilai kekeluargaan itu.

"Ini beri peluang kepada golongan dewasa fikir, kenang sejenak dan libatkan diri dalam kegiatan yang disediakan. Kanak-kanak pula boleh bermain."

Bagi Encik Mohd Fadhil Hamid, 38 tahun yang datang bersama isteri, tiga anak serta kededua orang tuanya, acara sedemikian memberi peluang untuk terus mengukuhkan ikatan kekeluargaan mereka.

"Mudah-mudahan anak-anak kami juga membesar dengan menerapkan nilai-nilai kekeluargaan," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3