Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM S'pura, Australia gesa dihentikan segera keganasan di Myanmar

Jun 11, 2021 | 05:30 AM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Scott Morrison telah menggesa agar keganasan di Myanmar dihentikan dengan segera dan tahanan politik termasuk orang asing, dibebaskan.

Mereka juga menyeru supaya satu dialog yang inklusif diadakan antara semua pihak, menurut satu kenyataan bersama kedua-dua menteri semalam.

Berkongsi keprihatinan mereka tentang perkembangan di Myanmar dalam pertemuan semalam, mereka berdua bersetuju bahawa Asean boleh memainkan peranan penting dalam mengantarakan huraian aman di Myanmar.

Mereka juga menggesa agar pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar yang dipersetujui semasa Mesyuarat Pemimpin Asean pada 24 April, dibuat secepat mungkin.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi komitmen bersama bagi mengekalkan dan menggalak keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini di samping huraian pertikaian yang aman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3