Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM S'pura, NZ bincang langkah 'pemutus litar' Covid-19

Apr 09, 2020 | 06:13 PM



JIKA penduduk Singapura mematuhi langkah jarak selamat semasa tempoh 'pemutus litar', mudah-mudahan bilangan jangkitan Covid-19 baru boleh turun menjelang hari ke-11, seperti yang dialami New Zealand.


Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata demikian dalam satu catatan di Facebook pada Khamis (9 April) selepas beliau bercakap dengan Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, melalui telefon.


"Kita berdua sedang melaksanakan langkah-langkah pemutus litar yang ketat, untuk memutuskan penyebaran virus itu dan menurunkan bilangan kes.


"PM Ardern mengongsi bahawa selepas New Zealand melaksanakan langkah-langkah mereka, bilangan hanya mula turun pada Hari 11.


"Kita cuma berada di Hari 3 dan masih mempunyai perjalanan yang panjang.


"Jika kita semua mematuhi dengan ketat, seperti yang dilakukan penduduk New Zealand, mudah-mudahan menjelang Hari 11 kita juga akan melihat hasil positif," tulisnya.


Encik Lee menambah, beliau dan Cik Ardern turut membincangkan tentang bagaimana mereka dapat menyokong satu sama lain dalam tempoh ini, termasuk memastikan rangkaian bekalan antara kedua-dua negara tidak terputus.


"Kedua-dua Singapura dan New Zealand akan terus memainkan peranan kita dalam perjuangan global menentang Covid-19," tulis Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >