Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONVENSYEN PARTI TINDAKAN RAKYAT (PAP) 2021

PM: S'pura pantau varian baru Omicron secara dekat

Turut sentuh tentang pemimpin generasi keempat (4G) yang perlu lebih masa untuk tentukan siapa pengganti PM
Nov 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang memantau varian koronavirus baru Omicron secara dekat dan mungkin terpaksa menarik balik beberapa kelonggaran langkah keselamatan sekali lagi sedang negara ini melangkah ke depan untuk menangani penyakit itu, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Namun begitu, Encik Lee berkata beliau yakin Singapura akan dapat hidup dengan virus itu, sambil menyentuh tentang bagaimana rakyat negara ini telah membuat banyak kemajuan dalam menangani penyakit itu sejak dua tahun lalu.



Menyebut tentang varian baru itu buat kali pertama dalam ucapannya di Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2021 semalam, Encik Lee berkata negara ini mesti bersedia bagi "lebih banyak liku-liku sepanjang jalan".



"Kita sedang memantau ini secara dekat. Kita belum pasti tetapi kita mungkin terpaksa berundur beberapa langkah sekali lagi sebelum kita boleh mengambil lebih banyak langkah ke hadapan.



"Namun begitu, saya yakin bahawa kita akan menemui jalan untuk hidup dengan virus ini dan melakukan semula semua kegiatan yang kita suka lakukan dengan selamat," kata beliau.



Omicron, yang disebutkan sebagai "varian membimbangkan" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin, merupakan jenis koronavirus yang baru dan berpotensi menjadi lebih berjangkit.



Lebih banyak negara terus mengenakan sekatan kemasukan dari negara di selatan Afrika selepas negara seperti Britain, Jerman, Italy, Czech Republic dan Israel mengesan kes virus Omicron di negara mereka.



Malah, Israel menjadi negara pertama di dunia kelmarin untuk melarang kemasukan pelawat dari semua negara dan menutup sempadannya sebagai langkah tindak balas terhadap varian virus baru dan berpotensi lebih berjangkit itu.



Dalam ucapannya di konvensyen itu, Encik Lee turut menyentuh tentang soal pembaharuan kepimpinan, sambil berkata pasukan pemimpin generasi keempat (4G) parti itu memerlukan lebih masa untuk menentukan siapakah pemimpin seterusnya yang akan menggantikan beliau.



"Apabila keadaan menjadi stabil, menentukan pengganti saya menjadi satu hal yang penting yang tidak boleh ditangguhkan selama-lamanya. Pasukan 4G perlukan masa lebih lama untuk membuat keputusan. Saya yakin isu itu akan dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.



"Kami belum memutuskan tarikh pilihan raya umum seterusnya tetapi saya yakin mereka akan menyelesaikannya dalam masa yang baik.



"Saya pasti mereka akan membuat pilihan bijak, dan dengan masa, saya akan dapat menyerahkan negara kepada individu yang dapat menjaganya dengan baik," kata beliau kepada lebih 2,000 aktivis PAP di konvensyen itu yang diadakan secara hibrid di Pusat Konvensyen Suntec dan dalam talian.



Beliau berkata pembaharuan bukan hanya diperlukan bagi Anggota Parlimen (AP) atau setiausaha cawangan, namun juga bagi para menteri dan perdana menteri.



Encik Lee telah melahirkan harapan dapat menemui ramai individu berpotensi dalam kalangan aktivis parti itu untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya umum masa depan.



Pilihan raya umum seterusnya mesti diadakan menjelang November 2025.



"Kami sudah pun memperluaskan tempat pendekatan dan memulakan proses pengrekrutan kami. Kami ada banyak sesi teh yang sudah dijadualkan, yang merupakan satu tanda yang menggalakkan.



"Ini kerana ia menunjukkan minat yang kukuh dalam parti ini, dalam wadah ini, dan lebih penting, ramai rakyat Singapura bersedia tampil dan berkhidmat untuk negara, bagi memperjuangkan Singapura yang mereka percaya," kata beliau.



Laporan lanjut: PAP perlu terus pupuk kepercayaan rakyat




MEMILIH PENGGANTI PM



"Apabila keadaan menjadi stabil, menentukan pengganti saya menjadi satu hal yang penting yang tidak boleh ditangguhkan selama-lamanya. Pasukan 4G perlukan masa lebih lama untuk membuat keputusan. Saya yakin isu itu akan dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >