MENTERI HENG SWEE KEAT DISERANG ANGIN AHMAR
PM: Swee Keat sedar, boleh berkomunikasi dan ceria
Jun 01, 2016 | 05:30 AM
MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat, yang diserang angin ahmar awal bulan ini, kian pulih secara mantap, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong malam kelmarin.
Encik Heng "sedar sepenuhnya, boleh berkomunikasi, dan ceria", kata Encik Lee dalam satu pos di Facebook selepas melawat Encik Heng di unit penjagaan rapi Hospital Tan Tock Seng (TTSH) petang kelmarin.