Pilihan panel Editor
PMD kian 'hangat' dapat tumpuan
Aug 11, 2019 | 05:30 AM
ISU berhubung penggunaan dan keselamatan alat mobiliti peribadi (PMD) terus mendapat perhatian. Dalam sidang parlimen Isnin lalu, pemerintah mengumumkan beberapa langkah pengawalan tambahan untuk mengatasi risiko kebakaran dan meningkatkan keselamatan laluan.
Dalam mengalu-alukan langkah itu, beberapa Anggota Parlimen turut menyuarakan keprihatinan dan mahukan langkah pengalawan lebih ketat seperti perlesenan buat pengguna dan program keselamatan memandu mandatori.