Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PODCAST#NOTAPIS

Oct 12, 2019 | 05:30 AM



Nasib ‘house husband’ lepas cerai



ANDA pernah dengar istilah 'house husband'?



Jadi dalam kes cerai, bagaimana pula nasib 'house husband' iaitu suami yang memutuskan tinggal di rumah manakala isterinya keluar bekerja?



Jika isteri yang tidak bekerja, beliau layak menerima nafkah selepas penceraian, tetapi kalau suami yang tidak bekerja, adakah beliau menerima nafkah daripada isteri?



Demikian antara kes penceraian yang pernah diuruskan Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, pengasas firma Abdul Rahman Law Corporation.



Dalam episod #NoTapis ini juga beliau berkongsi kes lain yang pernah dikendalikannya, dan banyak juga yang agak pelik.



Dengarkan pengalaman beliau menghuraikan kes-kes seperti ini dalam episod #NoTapis: 'House husband' minta nafkah dari isteri lepas cerai? di Spotify dan juga di www.beritaharian.sg.




Mi soto ‘terbang’ ke London



SIAPA sangka mi soto boleh sampai ke London?



Pemilik gerai mi soto Adam Road, Encik Sumadi Sapari, berkongsi bagaimana mi soto resipi turun-temurun datuknya sudah 'terbang' sampai ke London dan turut digemari di sana.



Encik Sumadi menyingkap bagaimana beliau mengubah suainya setelah mengambil alih gerai di Pusat Penjaja Adam Road.



Namun, Encik Sumadi berkata ada juga pelanggan yang mempersoalkan mengapa beliau mengubah resipi turun-temurun tersebut.



"Tapi, mereka tetap kekal sebagai pelanggan tetap saya, dan saya juga menghargai maklum balas yang mereka berikan," katanya dalam temu ramah bersama #NoTapis baru-baru ini.



Dengarkan episod bersama Encik Sumadi di Spotify dan juga di www.beritaharian.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >