Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pofma arah ahli pembangkang sertakan notis pembetulan di Facebook

Nov 25, 2019 | 02:33 PM





PEJABAT Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) telah mengeluarkan arahan pembetulan terhadap ahli Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik Brad Bowyer, dalam penggunaan undang-undang pertama yang bertujuan untuk menangani berita palsu.



Arahan itu memerlukannya menyertakan notis pembetulan di atas posnya di Facebooknya kata Pejabat Pofma dalam satu kenyataan pada hari Isnin (25 November). 



Pejabat Pofma merujuk kepada pos pada 13 November oleh Encik Bowyer yang memberi komen mengenai beberapa isu, termasuk penglibatan pemerintah dalam pemilihan pelaburan oleh Temasek Holdings dan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), dan bidang kewangan Keppel Corporation.



Pada lewat pagi tadi, beliau menyertakan nota pembetulan di Facebooknya dengan pautan pemerintah yang menyenaraikan kesalahan fakta yang dibuatnya.



Dalam kenyataan yang lain pada hari Isnin, Menteri Kewangan (MOF) berkata: “Pos Encik Bowyer dengan jelas mengandungi kenyataan palsu, dan melemahkan kepercayaan awam terhadap pemerintah.”



MOF merujuk kepada dua kriteria yang harus dipenuhi untuk Pofma sebelum ia dapat digunakan iaitu satu, harus ada kepalsuan, yang dimaksudkan sebagai kenyataan fakta yang palsu atau mengelirukan; kedua, ia demi kepentingan awam agar pemerintah bertindak, yang meliputi faktor-fakor keselamatan Singapura dan hubungan persahabatan dengan negara lain.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >