Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pofma keluarkan 5 Arahan Pembetulan mengenai kepalsuan berhubung ujian Covid-19 terhadap pekerja asing

Jul 05, 2020 | 10:22 PM




PIHAK Berkuasa Alternatif bagi Menteri Tenaga Manusia (MOM) telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) agar mengeluarkan lima Arahan Pembetulan (CD) terhadap kandungan dalam talian yang dibuat oleh Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS), The Online Citizen (TOC), CNA dan New Naratif.



CD itu menghendaki NUSS, TOC, CNA dan New Naratif menyertakan notis pembetulan yang menyatakan bahawa kandungan itu, yang termasuk video, catatan Facebook, artikel dan rakaman audio, mengandungi kenyataan fakta yang palsu.


Menurut kenyataan bersama oleh MOM dan Kementerian Kesihatan (MOH), kandungan itu mengandungi kenyataan palsu oleh Dr Paul Anantharajah Tambyah, seorang pakar penyakit berjangkit, yang juga pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP).


Kenyataan itu ialah:

- E-mel nasihat MOM kepada majikan mengenai ujian pekerja asing dibuat tanpa nasihat profesional perubatan kesihatan awam

- Nasihat MOM menyatakan bahawa majikan akan kehilangan keistimewaan pas kerja mereka jika mereka membawa pekerja mereka untuk ujian Covid-19

- MOM secara aktif tidak menggalak ujian terhadap pekerja


"Kenyataan ini tidak benar. Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian yang dipimpin oleh para Menteri dan dikendalikan oleh pegawai awam kanan dan profesional perubatan, ditubuhkan pada Januari 2020 untuk mengarahkan respons seluruh pemerintah nasional terhadap Covid-19 dan untuk memastikan koordinasi yang lancar di seluruh Kementerian dan semua sektor yang terjejas.


"Pengurusan perubatan pekerja asing dipandu oleh MOH dan profesional perubatannya, berdasarkan bukti saintifik dan keadaan setempat," kata kenyataan itu.


Kedua-dua kementerian itu juga menjelaskan bahawa pada 8 Februari 2020 Hospital Besar Changi (CGH) memaklumkan kepada MOH bahawa seorang majikan dalam industri pembinaan menghantar semua pekerjanya ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) CGH untuk diuji bagi Covid-19 walaupun pekerja itu tidak menunjukkan simptom dan didapati sihat.


Mereka juga meminta memo dari hospital untuk mengesahkan bahawa pekerja itu tidak dijangkiti Covid-19 dan sihat untuk bekerja.


Pihak hospital bimbang ini akan menyebabkan sejumlah besar pekerja sihat dihantar ke bahagian A&E, mengalihkan perhatian mereka dari jagaan dan rawatan pesakit yang memerlukan perhatian mereka.


Menurut kenyataan itu, pada 12 Februari 2020, MOH, MOM dan agensi lain bersama mengeluarkan nasihat kepada industri itu untuk menasihatkan mereka bahawa tidak perlu menghalang pekerja yang tinggal di asrama daripada bekerja jika mereka sihat.


Selepas itu, pihak hospital memaklumkan kepada MOH bahawa majikan masih menghantar pekerja yang sihat untuk menjalani ujian.


MOH kemudian memaklumkan MOM, dan nasihat lanjut dikeluarkan pada 19 Februari 2020 untuk menasihatkan majikan agar tidak menghantar pekerja mereka yang sihat untuk diuji, bagi memastikan kemudahan dan sumber perubatan ditumpukan kepada individu yang tidak sihat yang memerlukan rawatan perubatan.


Nasihat itu berdasarkan bukti saintifik pada waktu itu dan juga sejajar dengan pendekatan berasaskan risiko MOH untuk mengutamakan ujian dan penjagaan bagi mereka yang berisiko tinggi, ujar kenyataan tersebut.


Dalam nasihat kepada majikan, MOM tidak berkata bahawa majikan tidak boleh membawa pekerja mereka untuk diuji.


MOM juga tidak secara aktif tidak menggalak ujian terhadap pekerja.





Apa yang MOM katakan adalah: “Jangan hantar pekerja ke hospital kecuali jika ia adalah perubatan kecemasan. Sekiranya pekerja tidak sihat, majikan harus menghantarnya untuk berjumpa doktor umum bagi mendapatkan rawatan perubatan, yang akan membuat penilaian yang tepat mengenai apakah pekerja itu perlu dihantar ke hospital.


"Nasihat yang sama diberikan kepada semua di Singapura, warga negara dan juga penduduk: Jika tidak sihat, walaupun dengan simptom pernafasan ringan, segera berjumpa dengan doktor umum, yang akan memutuskan rawatannya.


"Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian dan agensi pemerintah akan terus mengambil langkah proaktif untuk memastikan kesejahteraan pekerja asing kita dan menjaga kesihatan masyarakat umum," kata kenyataan itu.



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >