Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pofma: Laman Facebook Singapore States Times’, Alex Tan diisytihar Lokasi dalam Talian yang Diisytihar

May 06, 2020 | 09:54 PM



Laman Facebook Singapore States Times’ (SST) dan laman Facebook Encik Alex Tan, orang yang mengendalikan kededua laman Facebook itu,  telah diisytiharkan sebagai Lokasi Dalam Talian yang Diisytihar (DOL) di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma)



Pengisytiharaan itu berkuat kuasa Khamis (7 Mei).



Di bawah DOL, laman Facebook SST dan Encik Tan diperintah menerbitkan notis yang menyatakan mereka telah diisytihar sebagai DOL. Encik Tan menetap di Australia. 



Pengisytiharaan itu bertujuan memberitahu pengunjung ke kededua laman Facebook itu bahawa laman-laman itu menerbitkan kepalsuan berulang kali, kata Kementerian Penerangan dan Perhubungan  (MCI) dalam kenyataannya pada Rabu (6 Mei).



 Ia juga menjadikannya satu kesalahan bagi kededua SST dan Encik Tan untuk mendapat sebarang manfaat dengan mengendalikan laman Facebook itu dan melarang sebarang pihak memberi sokongan kewangan kepada kededua entiti itu, yang bertujuan menyokong, membantu atau menggalak penyebaran kepalsuan, kata kenyataan itu.



Menurut MCI, laman Facebook SST dan Encik Tan telah berulang kali menerbitkan kepalsuan dan sekurang-kurangnya tiga pos di setiap laman Facebook itu pernah dikenakan Perintah Pofma sejak 2019.



“Buat masa ini, SST dan Tan enggan mematuhi sebarang Perintah yang dikenakan terhadap mereka,” kata MCI.



Kebelakangan ini, kededua laman Facebook telah menerbitkan kepalsuan berhubung keadaan Covid-19 di sini, kata MCI.



Kededua laman Facebook itu berhubung kait dengan laman web lain yang dikendalikan Encik Tan, yang mendapat manfaat kewangan daripada kepalsuan ini, kata MCI.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >