Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok di Sota ditebang Ahad ini

Jan 19, 2018 | 03:10 PM



SEBATANG pokok Angsana di luar Sekolah Seni Singapura (Sota), yang merupakan sebahagian reka bentuk sekolah di Dhoby Ghaut itu, akan ditebang Ahad ini disebabkan kerosakan yang meluas.



Pokok yang dianggarkan berusia 40 tahun dan setinggi 33.6 meter itu dikenali sebagai 'Pohon Ilmu' oleh sesetengah pelajar, atau lebih dikenali sebagai 'Pokok Sota'.



Pokok besar itu terletak di tengah-tengah tangga batu sekolah tersebut.



Apabila Sota dibina lapan tahun lalu, pakar runding mengambil perhatian penuh mahu menjadikan pokok tersebut sebagai sebahagian reka bentuk muka bangunan sekolah itu, menurut akhbar The Straits Times.



Menerusi satu kenyataan semalam, jurucakap Sota berkata pokok itu telah mengharungi pelbagai cuaca teruk dan ribut petir selama ini.



Malah, kabel juga pernah dipasang pada 2014 bagi menampung pokok itu.



Pihak sekolah turut memantau keadaan pokok dan sering mencantasnya bagi mengurangkan berat yang perlu ditanggung batang pokok.



Sekitar lima tahun lalu, seorang pakar pokok melaporkan bahawa pokok itu menunjukkan tanda kerosakan di dasarnya.



Minggu lalu, keadaan pokok itu dikatakan bertambah teruk, dengan kerosakan besar di dasarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >