Pokok setinggi 5 tingkat tumbang di tempat letak kereta Hougang

SEBATANG pokok setinggi lima tingkat tumbang di sebuah tempat letak kereta di Hougang kelmarin (21 September) ekoran cuaca ribut, lalu menimpa empat kenderaan.

Menurut akhbar The Straits Times, Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) berkata tiada orang yang cedera akibat kejadian itu.

Tambahnya, kejadian itu berlaku sekitar 5 petang di tempat letak kereta dekat Blok 203 Hougang Street 21.

Antara kenderaan yang ditimpa dalam kejadian tersebut termasuk sebuah kereta BMW dan sebuah kereta Volvo.