Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok tumbang di Margaret Drive rosakkan dua kereta dan tiang lampu

Jan 14, 2018 | 06:30 PM



 





Sebatang pokok hujan-hujan setinggi 8 meter di Margaret Drive tumbang pada pagi Ahad (14 Januari),  merosakkan tiang lampu dan dua kereta.



Tiada kecederaan dilaporkan berkaitan insiden itu, yang berlaku di tempat meletak kereta bersetentangan sekolah keperluan khas Rainbow Centre.



Gambar yang dikongsi di dalam talian menunjukkan pokok itu menimpa dua kereta itu, dan akarnya dilihat terbongkar. Tiang lampu yang tumbang juga dilihat menindih kereta itu.



Cermin depan sebuah kereta BMW putih remuk dan bumbung kereta Nissan berwarna perak rosak.



Menurut akhbar The Straits Times (ST) pokok itu dipindahkan oleh pekerja sekitar 9.30 pagi.



Dalam pesanannya sekitar 5 pagi, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata ia menjangka cuaca mendung dan berangin pada sebelah pagi dan petang, dengan hujan renyai di serata pulau.



Beberapa laporan tentang pokok tumbang di beberapa kawasan timbul minggu lalu, termasuk satu insiden yang berlaku berhampiran taman permainan di Yishun.



Sebahagian peralatan bersenam dan pagar rosak dalam insiden di Yishun. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.



Dalam laporan ST sebelum ini, Lembaga Taman Nasional (NParks) berkata pokok di sekitar pulau telah dipotong sejak tahun lalu, bagi menumbangkan pokok yag dianggap tidak sihat atau untuk memberi laluan kepada pembangunan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >