Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok tumbang timpa kereta di Scotts Road

Nov 21, 2019 | 11:17 AM



SEBATANG pokok tumbang menimpa sebuah kereta di Scotts Road, depan Hotel Grand Hyatt Singapore, petang semalam (20 November).



Pemandu dapat diselamatkan dengan bantuan orang awam.



The Straits Times (ST) difahamkan tiada kecederaan yang dilaporkan.



Empat lorong jalan raya terjejas pada mulanya apabila pokok itu tumbang sekitar 3 petang.



Pada 5.30 petang, tiga lorong jalan raya dibuka semula dan kawasan di mana pokok itu tumbang dikepung.



Pemandu kereta, Encik Arvind Ramanlal, 71 tahun, memberitahu ST bahawa hujan agak lebat di kawasan Orchard Road sebelum kejadian. Apabila beliau di Scotts Road, hujan mula reda.



“Saya sedang memandu dan tiba-tiba terdengar bunyian kuat dan sekeliling saya gelap,” kata Encik Ramanlal, yang tidak cedera. Pokok tersebut menimpa belakang keretanya saja.



Beliau cuba membuka pintu tapi tidak boleh keluar.



Sekitar 15 orang cuba menolongnya keluar dari kereta.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >