Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poliklinik akan peruntuk slot bagi pesakit dengan keperluan segera, warga emas lemah

Jul 04, 2023 | 07:01 PM



Poliklinik akan memperuntuk slot bagi pesakit dengan keperluan perubatan segera serta pesakit warga emas yang lemah dan mempunyai masalah pergerakan, yang datang tanpa membuat janji temu, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen tentang janji temu poliklinik pada Selasa, termasuk bagaimana Kementerian Kesihatan (MOH) akan memastikan warga emas yang tidak dapat membuat janji temu di dalam talian boleh mendapatkan khidmat jagaan poliklinik.

Dr Janil menarik perhatian bahawa sistem penjagaan kesihatan di sini kini menghadapi permintaan yang kian bertambah disebabkan penduduk yang menua serta pembinaan poliklinik baru yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.

“Akibatnya, sesetengah poliklinik menghadapi permintaan lebih tinggi dan tidak mudah untuk membuat janji temu di sana,” ujarnya.

Oleh itu, poliklinik akan mengambil langkah jangka pendek untuk mengatasi isu ini.

Antara lain, Dr Janil berkata mereka akan memperuntuk slot bagi pesakit dengan keperluan perubatan segera dan warga emas, khususnya mereka yang lemah dan mempunyai masalah pergerakan, yang datang tanpa membuat janji temu.

“Untuk melakukan demikian, kes yang tidak mempunyai keperluan segera boleh diberi janji temu pada hari lain atau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik doktor perubatan umum (GP) Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas).

“Poliklinik juga akan cuba memanfaatkan khidmat teleperubatan seberapa banyak mungkin dan mengkontrakkan GP swasta untuk menyampaikan khidmat,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) berhubung langkah mengeluarkan slot janji temu secara berperingkat, Dr Janil berkata sesetengah poliklinik sudah pun berbuat demikian.

“Namun, ini tidak mengatasi isu kekurangan keupayaan, malah boleh membuat pesakit rasa lebih marah jika mereka tidak dapat membuat janji temu berulang kali,” ujarnya.

Beberapa Anggota Parlimen turut menyuarakan masalah yang dihadapi penduduk mereka semasa mahu membuat janji temu poliklinik.

Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), antara lain turut bertanya sama ada boleh untuk menambah jumlah slot di poliklinik bagi pesakit yang datang tanpa membuat janji temu.

Dr Janil berkata langkah itu boleh diambil tetapi ia tetap tidak akan meningkatkan keupayaan poliklinik secara keseluruhan.

Beliau turut menekankan perlunya bagi keseimbangan antara janji temu yang dibuat di dalam talian dengan slot bagi mereka yang tidak membuat janji temu.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) juga bertanya sama ada janji temu di dalam talian boleh disalurkan kepada khidmat teleperubatan.

Dr Janil berkata pihak berkuasa sedang meneroka pilihan itu tetapi pasukan profesional akan menilai sama ada pesakit memerlukan janji temu secara fizikal atau konsultasi di dalam talian.

Mengulas tentang saranan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) untuk membolehkan penduduk menghubungi satu talian untuk membuat janji temu, Dr Janil berkata pemerintah akan terus meneroka peranan talian serta kaedah lain untuk mempertingkat proses agar janji temu dan khidmat yang ditawarkan poliklinik lebih mudah diakses dan mesra pengguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >