Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poliklinik Clementi dibangun di lokasi baru di Commonwealth Ave West jelang 2027

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



POLIKLINIK Clementi yang dibangunkan semula akan terletak di lokasi baru di Commonwealth Avenue West, sekitar lima minit perjalanan kaki dari stesen MRT Clementi, menjelang 2027.



Ia akan menggantikan Poliklinik Clementi sedia ada di Clementi Avenue 3, yang dibuka pada 1980 dan merupakan antara poliklinik tertua dan terkecil di Singapura.



Poliklinik yang dibangunkan semula itu akan lebih besar dan membolehkan lebih banyak perkhidmatan perubatan ditawarkan.



Buat masa ini, Poliklinik Clementi beroperasi di tingkat dua di sebuah bangunan yang terletak sekitar enam minit berjalan kaki dari stesen MRT Clementi, dan menyewa ruang daripada penghuni lain untuk memenuhi keperluannya yang bertambah.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, semalam mengumumkan lokasi baru poliklinik yang akan dipertingkat itu semasa lawatan ke premis sedia ada.



"Kami telah melancarkan perkhidmatan baru di Poliklinik Clementi, tetapi ruang di sini agak terhad. Untuk terus menyediakan perkhidmatan baru, dan juga untuk memberi lebih banyak ruang bagi perkhidmatan penjagaan utama sedia ada, kami akan membangunkan semula Poliklinik Clementi," kata Dr Janil.



"Pembangunan semula poliklinik kita adalah penting. Kita perlu memastikan penjagaan utama mudah diakses, dan kita menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan dalam masyarakat kepada seramai mungkin penduduk," tambahnya.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam, Poliklinik Clementi yang dibangunkan semula akan lebih besar dan menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan utama, termasuk rawatan perubatan bagi keadaan akut, pengurusan penyakit kronik, khidmat kesihatan bersekutu, khidmat kesihatan kanak-kanak dan wanita, khidmat farmasi, makmal dan radiologi.



Khidmat untuk ibu dan anak yang dirintis di Poliklinik Punggol dan Poliklinik Yishun sebelum ini akan juga di tawarkan di 12 lagi poliklinik, termasuk Poliklinik Clementi dalam masa tiga tahun akan datang.



Di bawah perkhidmatan itu, ibu-ibu yang membawa bayi mereka untuk mendapatkan vaksinasi atau melakukan pemeriksaan perubatan boleh juga mendapatkan sokongan pengeluaran susu dan sebagainya.



MOH juga berkata Poliklinik Clementi yang dibangunkan semula akan lebih luas dan menyediakan lebih banyak ciri mesra warga emas dan ciri mudah diakses untuk kemudahan pesakit.



Penduduk boleh terus ke Poliklinik Clementi sedia ada sementara menunggu poliklinik baru siap dan mula beroperasi.



Semalam, Dr Janil turut mengumumkan lokasi poliklinik baru di Taman Jurong, yang akan terletak di tapak bekas Hospital West Point di Corporation Drive.



Apabila dibuka menjelang 2028, poliklinik baru itu, bersama-sama Poliklinik Pioneer dan Jurong, akan berkhidmat kepada penduduk di Jurong.



Poliklinik di Taman Jurong itu antara 10 poliklinik baru yang akan dibangunkan dalam tahun-tahun mendatang bagi menjadikan jumlah 32 poliklinik di Singapura menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >