Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poliklinik Eunos dibuka, tawar khidmat penjagaan menyeluruh

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



POLIKLINIK Eunos - poliklinik kesembilan di bawah rangkaian SingHealth Polyclinics (SHP) - akan membuka pintunya kepada penduduk Eunos dan bahagian timur Singapura hari ini.



Poliklinik baru lima tingkat itu direka khusus untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dan menawarkan pelbagai khidmat penjagaan utama yang menyeluruh.



Ini termasuk penjagaan perubatan pesakit luar dan rawatan bagi penyakit kronik dan akut, khidmat kesihatan wanita dan kanak-kanak, imunisasi, pergigian, khidmat kesihatan bersekutu seperti fisioterapi dan podiatri, dan khidmat diagnostik dan radiologi.



Poliklinik itu ditempatkan bersama dengan Pusat Penjagaan Warga Emas kendalian Methodist Welfare Services di 1 Chin Cheng Avenue.



SHP dalam kenyataannya semalam berkata poliklinik itu menggunakan teknologi supaya dapat menyediakan pengalaman lebih mudah dan baik kepada pesakit.



"Poliklinik ini menggunakan 'preskripsi tanpa kertas' bagi pengambilan ubat-ubatan, di mana pesakit tidak akan perlu membawa borang kertas preskripsi ubat ke farmasi selepas berjumpa doktor.



"Pesakit juga boleh mengurangkan masa menunggu dengan menggunakan Stesen Layan Diri yang terletak di sekitar poliklinik untuk membuat pendaftaran, janji temu, dan bayaran semasa kunjungan mereka," kata SHP.



Poliklinik itu juga menyediakan ruang khas di tingkat dua untuk menggalak pesakit dan penjaga menggunakan khidmat elektronik SHP dan belajar sendiri tentang cara menjaga kesihatan melalui video dan sumber pendidikan yang disediakan.



Mereka yang ingin mengunjungi Poliklinik Eunos digalak membuat janji temu terdahulu dengan menghubungi Pusat Panggilan SHP di 6643-6969 supaya tidak perlu menunggu lama di poliklinik.



Maklumat lanjut mengenai poliklinik itu boleh didapati menerusi laman SHP di https://polyclinic.singhealth.com.sg/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >