Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Poliklinik Marine Parade jalani peningkatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Poliklinik Marine Parade jalani peningkatan

Apr 27, 2015 | 06:23 PM

POLIKLINIK Marine Parade di Marine Parade Central akan ditutup bermula 18 Mei bagi kerja-kerja peningkatan.

Ia akan dibuka semula Februari tahun depan.

Sepanjang tempoh itu, poliklinik tersebut akan beroperasi di Poliklinik Geylang, di 21 Geylang East Central.

Menurut satu kenyataan SingHealth Polyclinics hari ini Isnin, Poliklinik Marine Parade, yang berusia 38 tahun itu, akan diperluas daripada satu tingkat sekarang kepada dua tingkat.

Pengunjung boleh menjangka ruang lebih luas dengan kemudahan dipertingkat, seperti lebih banyak kaunter pendaftaran dan bilik rawatan serta sebuah makmal lebih luas.

Ia akan juga mempunyai perkhidmatan baru, seperti radiologi dan khidmat pengambilan ubat, ciri-ciri mesra warga senja seperti lif, palang pemegang dan tanjakan bagi memudahkan pengguna kerusi roda.

Kali terakhir poliklinik itu dipertingkat ialah pada 2008.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3