Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 400 kes polis didera secara lisan, fizikal dalam 2 tahun

Aug 03, 2021 | 08:50 PM



LEBIH 400 kes pegawai polis yang berdepan dengan penderaan lisan dan fizikal dilaporkan sepanjang 2019 dengan tahun lalu.



Antara kes yang dilaporkan ini melibatkan insiden pegawai yang dicabar orang awam yang berada dalam keadaan kucar-kacir, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran, Encik Desmond Tan di Parlimen pada Selasa (3 Ogos).



Encik Tan memberikan responsnya kepada Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) yang bertanya berapa banyak kes sebegini berlaku dalam tempoh dua tahun lalu.



Cik Cheng juga bertanya berapa banyak kes memerlukan sokongan untuk dikerahkan serta bagaimana Kementerian Ehwal Dalam Negeri memastikan pegawai polis bersedia secara fizikal dan mental dalam menangani konflik bersemuka sebegini.



Encik Tan berkata, pihak kementerian tidak menjejak bilangan kes di mana pegawai sokongan dikerahkan.



"Bergantung pada situasinya, sumber tambahan mungkin dikerahkan bagi memperkukuh sokongan buat pegawai di lokasi jenayah, memberkas penjenayah, mengekalkan keamanan dan melindungi nyawa orang lain," jelasnya sambil menambah pegawai dilatih dalam pelbagai teknik bagi menangani ancaman dinamis dan tidak boleh dijangka yang mungkin berlaku termasuk konflik bersemuka. 



Teknik ini termasuk menggunakan arahan lisan, taktik tanpa senjata, baton, senjata renjat dan senjata api.



"Pegawai polis akan menilai ancaman yang dibawa dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap si pelaku dengan mengambil kira keselamatan awam serta keselamatan mereka sendiri serta si pelaku," jelas Encik Tan.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pula bertanya jika pegawai yang cedera dalam pekerjaan mereka disebabkan orang awam diberi pampasan atau bantuan.



Encik Tan menjelaskan apabila pegawai cedera dalam tugasan mereka, "mereka akan dijaga pihak polis dari segi bantuan perubatan dan peribadi".



"Lebih penting lagi, kita akan terus menyokong mereka dalam tugas mereka, ia merupakan sesuatu yang menjadi amanah mereka. Dan mereka akan meletakkan keselamatan orang awam sebagai yang utama dalam tugas mereka," ujarnya.



Seorang lelaki dipenjara selama sembilan minggu kerana melontar kata-kata mengeji pegawai polis dengan bahasa kesat dalam dua peristiwa berasingan. Dia juga mengecam orang Melayu dengan melontarkan kata kecaman kepada seorang pegawai polis wanita.



Pada Mei, polis berkata ia sedang menyiasat lelaki 50 tahun kerana dikatakan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai polis. Lelaki itu dinasihati agar menggunakan pelitup tetapi dia mengabaikan nasihat polis. Dia terus berbuat bising dan melontar kata kesat kepada pegawai berkenaan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >