Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: 93 mangsa hilang $140,000 akibat penipuan 'phising'

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



PENIPUAN yang melibatkan e-mel palsu, mesej teks dan iklan semakin meningkat, polis memberi amaran semalam.



Sejak Ogos, sekurang-kurangnya 93 mangsa kehilangan $140,000, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi satu kenyataan akhbar.



Mangsa serangan phishing (pancingan data) terbaru menerima e-mel palsu atau mesej teks yang kononnya dihantar oleh syarikat penghantaran seperti SingPost dan DHL.



Mereka meminta mangsa untuk memeriksa status penghantaran bungkusan mereka dengan mengklik pautan.



Dalam beberapa kes, mangsa akan menerima iklan pop-up yang menawarkan "tawaran murah" untuk makanan dan barang-barang keperluan rumah.



Pautan atau iklan tersebut akan mengarahkan mereka ke laman web palsu, di mana mangsa akan diminta untuk memasukkan maklumat kad kredit atau debit dan kata laluan satu kali (OTP), kata polis.



Sebilangan besar mangsa hanya menyedari bahawa mereka telah ditipu ketika mereka mendapati kad mereka telah digunakan untuk melakukan transaksi tanpa izin.



Polis menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan jenayah berikut:



- Jangan klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel dan mesej teks yang tidak diminta;



- Sekiranya harganya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, ia mungkin laman palsu. Beli hanya dari sumber yang bereputasi, terutama untuk barang bernilai tinggi;



- Sentiasa sahkan kesahihan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi;



- Segera hubungi bank yang mengeluarkan kad anda sekiranya anda menerima OTP dan tidak melakukan transaksi dalam talian;



- Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat perbankan peribadi dan Internet dan OTP anda kepada sesiapa sahaja; dan



- Laporkan caj kad kredit/debit palsu ke bank anda dan batalkan kad anda dengan segera.



Orang ramai yang ingin memberikan maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menghantarnya secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >