Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis akan ambil tindakan terhadap semua yang terlibat dalam artikel berita palsu: Shanmugam

Nov 09, 2018 | 02:41 PM



MENTERI Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, hari ini (9 November) berkata tuduhan yang dibuat dalam artikel dalam talian terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Pemerintah adalah "tidak masuk akal", dan polis akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah membuat laporan polis terhadap pengarang artikel States Times Review pada 5 November, yang MAS kata membuat kenyataan yang palsu dan berniat jahat, dan mempersoalkan integritinya sebagai sebuah pengawal kewangan.


Artikel "tidak berasas dan fitnah" itu mendakwa bahawa Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian tidak adil dengan Singapura, sebagai pertukaran untuk bantuan bank Singapura dalam pengubahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.


Bercakap kepada wartawan di bangunan The Treasury mengenai perkara itu, Encik Shanmugam berkata: "Apabila anda membuat tuduhan rasuah, pengubahan wang haram terhadap Perdana Menteri, Pemerintah Singapura yang kami terlibat dalam hal ini dan sebagainya, kami akan mengambil ini dengan serius."


Beliau menambah yang polis akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat berdasarkan siasatan dan nasihat dari Pejabat Peguam Negara.


Laman web Malaysia The Coverage menerbitkan artikel serupa semalam menghubungkan Encik Lee dengan skandal 1MDB.


Sumber artikel itu disenaraikan sebagai "Straights Review", dan menyertakan pautan ke artikel 5 November itu di laman States Times Review.


Encik Shanmugam berkata artikel itu mencadangkan Singapura enggan menyiasat skandal 1MDB - sesuatu yang tidak benar.


Beliau berkata Republik ini adalah bidang kuasa pertama untuk berbuat demikian, terhadap institusi kewangan dan individu yang terlibat dalam 1MDB.


Siasatan dua tahun oleh MAS ke atas kedua-dua bank asing dan setempat merupakan kajian semula penyeliaan yang paling menyeluruh yang pernah ia ambil, katanya, sambil menambah bahawa MAS telah menutup dua bank dan mengenakan denda sekitar $ 29.1 juta ke atas lapan bank lain, antara tindakan lain.


Encik Shanmugam juga menyatakan bahawa Singapura adalah yang pertama, dan satu-satunya negara sehingga hari ini daripada sekurang-kurangnya 10 bidang kuasa yang terlibat, untuk menyabit individu yang memudahkan pengubahan wang haram itu.


Siasatan sedang diteruskan ke atas suspek lain di Singapura, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >