Polis, Al-Ma'arif bidas dakwaan anggota TransCom periksa pelajar madrasah
Pegawai TransCom sebenarnya dekati pelajar untuk kongsi tentang inisiatif relawan baru, bukan untuk penuhi kuota pemeriksaan
Jul 18, 2019 | 05:30 AM
TUDUHAN bahawa pegawai Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) telah melakukan pemeriksaan ke atas dua pelajar madrasah kerana mereka perlu mengisi kuota adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab.
Demikian ditekankan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang menjelaskan keadaan sebenar dalam satu pos di Facebook malam kelmarin.