Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Awas! Jangan jadi mangsa skim tipu sewa kereta

May 24, 2019 | 05:30 AM



MENJELANG perayaan Hari Raya Puasa ini, Polis telah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap kemungkinan penipuan sewa kereta.



Penipuan itu biasanya melibatkan mangsa yang membayar deposit atau jumlah penuh bagi sewa kenderaan selepas memberi respons kepada iklan penipu.



Dalam sesetengah keadaan, penipu dikatakan menggunakan pejabat sementara untuk meningkatkan keyakinan. Namun kenderaan tidak diserah kepada mangsa pada hari yang ditetapkan dengan penipu menghilang diri dan tidak dapat dihubungi.



Dalam satu kenyataannya, Polis menyatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 83 laporan penipuan sewa kereta tahun lalu melibatkan wang berjumlah sekurang-kurangnya $19,600.



Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil beberapa langkah pencegahan jenayah berikut:



  • Berhati-hati terhadap iklan dengan gambar generik. Gambar sewa kereta harus sepadan dengan jenis dan model kenderaan yang diiklankan;

  • Sewa kenderaan daripada syarikat sewa kereta yang ada reputasi;

  • Semak dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) untuk mengesahkan bahawa perniagaan sewa kereta berkenaan berdaftar;

  • Dapatkan butiran dokumentasi sewaan (iaitu bayaran dan butir pihak yang terlibat) dan simpan salinan untuk rujukan anda;

  • Minta untuk melihat kenderaan dan kad lognya untuk mengesahkan pemilikan.

Orang ramai boleh menghubungi 1800-722-6688 atau lungsuri www.scamalert.sg bagi nasihat berkaitan penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >