SEKITAR RAMADAN
Polis Bedok anjur iftar bersama kanak-kanak rumah tumpangan
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
SEJAK empat tahun lalu, Divisyen Polis Bedok telah menganjurkan sesi iftar pada bulan Ramadan bersama mereka yang memerlukan.
Pada tahun ini buat pertama kali mereka menjemput Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa dan Rumah Kanak-Kanak Pertapis pula sambil memberi sumbangan derma kepada dua rumah kanak-kanak itu. Majlis iftar itu telah diadakan pada Rabu lalu.