Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Belia perlu waspada terima kerja wang mudah dan pantas, mungkin ditawar pemiutang haram

Dec 01, 2018 | 06:00 PM



Belia di Singapura perlu berwaspada apabila mengambil kerja sambilan semasa cuti sekolah, terutama yang menjanjikan wang pantas dan mudah, kerana kerja-kerja ini mungkin ditawarkan oleh pemiutang haram.



Polis mengeluarkan amaran ini pada Jumaat (30 Nov) selepas 109 orang berusia antara 14 dengan 69 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemiutang haram, dalam operasi tiga hari bermula Isnin lalu.



Dalam kenyataannya, polis berkata mereka memerhati pelajar yang diambil bekerja dengan pemiutang haram selepas mereka memberi respons kepada iklan pekerjaan yang dimaklumkan di wadah dalam talian, seperti di Facebook dan Gumtree.



Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan enam divisyen darat polis melakukan serbuan serentak di beberapa tempat di Singapura antara Isnin dengan Rabu lalu, menangkap 79 lelaki dan 30 perempuan.



Ini menjadikan jumlah orang yang ditangkap dalam operasi cegah kegiatan pemiutan haram pada tahun ini sejumlah 1,091.



Sesiapa yang didapati bersalah mempengaruhi seorang belia untuk melakukan jenayah membantu pemiutang haram menjalankan kegiatan atau melakukan perbuatan mengganggu orang bagi pihak pemiutan haram boleh dipenjara sehingga sembilan tahun, didenda antara $6,000 dengan $300,000 dan boleh dirotan sehingga 12 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >