Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran agar tidak terpedaya skim penipuan kad bank

Nov 26, 2019 | 12:55 PM



SATU skim penipuan sedang berlaku yang menjadikan pelanggan bank sasarannya, kata polis semalam (25 November).



Dalam skim penipuan ini, pelanggan bank akan menerima mesej pesanan ringkas (SMS) mengatakan bahawa kad bank mereka disekat atau tidak aktif, atau akaun bank mereka dikunci. Mangsa akan disuruh membuat panggilan untuk mengaktifkan semula kad atau akaun mereka.



Semasa panggilan, penipu akan berpura-pura menjadi kakitangan bank dan menanyakan butiran peribadi, butiran bank dalam talian dan laluan-guna-sekali (OTP). Setelah itu, mangsa sedar bahawa terdapat pengalihan wang yang telah dilakukan dari akaun bank mereka.



Polis telah menerima 12 laporan berkaitan penipuan ini bulan ini, dengan jumlah sekurang-kurangnya $65,000 dilaporkan hilang.



Polis menasihati orang ramai agar berwaspada apabila menerima panggilan telefon atau pesanan yang berpura-pura menjadi kakitangan bank.



Penipu juga mungkin gunakan teknologi untuk menyembunyikan nombor telefon yang benar dan memaparkan nombor telefon bank.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >