Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Polis beri amaran kenaikan kes ‘phishing’ berkaitan hantar barangan

Jan 16, 2021 | 05:51 PM

POLIS telah melihat peningkatan penipuan ‘phishing’ (atau pancingan data) yang melibatkan e-mel dan pesanan teks yang berkaitan dengan penghantaran barangan. Memberi amaran  itu dalam satu kenyataan pada Sabtu (16 Jan), polis menyatakan mangsa akan menerima e-mel atau pesanan teks yang kononnya dihantar oleh syarikat penghantaran seperti SingPost dan DHL.

E-mel dan pesanan teks pancingan data itu  biasanya meminta mangsa supaya memeriksa status penghantaran barangan mereka dengan mengklik pada pautan URL yang disertakan dalam e-mel dan mesej teks itu. Setelah mengklik pautan URL itu, mangsa diarahkan ke laman web palsu di mana mereka dikehendaki memberi maklumat kad kredit/debit dan Kata Laluan Sekali (OTP).

Dalam beberapa kes, mangsa diminta memasukkan maklumat Apple ID dan OTP mereka.
Sebilangan besar mangsa hanya menyedari  mereka telah ditipu setelah  mereka menemui transaksi tanpa izin yang dibuat menggunakan kad kredit/debit atau ke akaun Apple mereka.

Polis menyenaraikan beberapa langkah yang harus diambil orang ramai sebagai  langkah pencegahan jenayah, dan ia seperti berikut:
–  Jangan klik pada pautan URL yang disediakan dalam e-mel dan mesej teks yang tidak diminta;
–  Sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi;
– Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat perbankan peribadi dan Internet dan OTP anda kepada sesiapa sahaja; dan
–  Laporkan sebarang bayaran kad kredit/debit palsu ke bank anda dan batalkan kad anda dengan segera.

Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan jenayah itu atau jika anda ragu-ragu, hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau kirimkan secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness. Hubungi ‘999’ jika anda perlukan bantuan segera polis. 
Untuk maklumat  lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh mengunjungi www.scamalert.sg atau hubungi hotline antipenipuan di 1800-722-6688.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map