Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran mengenai cabutan bertuah Lapangan Terbang Changi palsu

Nov 19, 2019 | 12:06 PM



POLIS telah menerima sekurang-kurangnya 30 laporan berkenaan penipuan cabutan bertuah di mana nama Kumpulan Changi Airport (CAG) disalahgunakan.



Kejadian itu berlaku antara Julai dengan Oktober tahun ini.



Menurut kenyataan polis hari ini (19 Oktober), antarA cara penipuan yang dilakukan ialah menggunakan nama ‘Changi Millionaire’ atau ‘Jutawan Changi’ untuk mendapatkan butiran kad kredit atau bank mangsa. Jumlah wang yang telah dititpu sekitar $40,000.



Mangsa menerima panggilan menerusi aplikasi seperti ‘Viber’. Kemudian diberitahu bahawa mereka memenangi cabutan bertuah oleh CAG dan disuruh memberi butiran kad kredit atau bank untuk terima hadiah mereka.



Mangsa hanya sedar bahawa mereka ditipu setelah  wang dialihkan  tanpa pengetahuan mereka.



Beberapa mangsa juga disuruh membeli kad iTunes dan menghantar kod kepada pelaku menerusi telefon. Ada juga yang membuat tambah nilai kepada akaun Singtel Dash mangsa menggunakan butiran kredit kad mereka, sebelum melakukan pengalihan wang menerusi akaun tersebut.



Polis menasihati orang ramai agar berwaspada akan penipuan cabutan bertuah sebegini, terutama sekali jika anda tidak pernah memasuki sebarang cabutan bertuah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >