Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran panggilan penipu menyamar sebagai pegawai bank

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



POLIS semalam mengeluarkan nasihat, memberi amaran kepada orang ramai tentang trend berulang penipu mendekati mangsa melalui panggilan palsu.



Mangsa akan menerima panggilan telefon tanpa diminta daripada individu yang mengaku sebagai pekerja bank dan diberitahu bahawa akaun bank mereka telah disalah guna dan mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram.



Nombor telefon panggilan itu selalunya mengandungi awalan +65, menunjukkan panggilan tersebut adalah dari luar negara, kata polsi dalam satu kenyataan.



Penipu itu kemudian akan meminta butiran log masuk dan kata laluan sekali guna (OTP) mangsa dengan alasan untuk mengesahkannya.



Kemudian panggilan itu akan dipindahkan kepada seorang pegawai kononnya daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD), untuk memudahkan membuat laporan polis.



Pegawai paslu daripada CAD itu kemudiannya akan berkomunikasi bersama mangsa melalui wadah penghantaran mesej sosial seperti WhatsApp dan meminta butiran peribadi, termasuk gambar dan dokumen pengenalan, sambil mendakwa maklumat tersebut diperlukan untuk laporan polis.



Dalam sebilangan kes, mangsa menerima gambar surat yang sikatakan daripada Pasukan Polis Singapura (SPF), memberitahu mereka bahawa mereka sedang disiasat.



Akhirnya, individu yang disasarkan menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila mereka menerima pemberitahuan daripada bank, memaklumkan mereka bahawa butiran hubungan mereka telah ditukar dan transaksi tanpa kebenaran telah dibuat daripada akaun bank mereka.



Polis menegaskan tiada agensi Pemerintah tempatan akan meminta butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan gambar melalui panggilan telefon atau platform pesanan sosial.



Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghiraukan panggilan tidak diminta dan arahan pemanggil agar menyerahkan bukti kelayakan perbankan bagi memudahkan siasatan jenayah.



Orang ramai juga tidak seharusnya mendedahkan butiran peribadi mereka, butiran log masuk bank dan OTP kepada sesiapa, termasuk keluarga dan rakan.



Mereka juga harus menghubungi rakan atau saudara yang dipercayai sebelum mengambil tindakan, dan melaporkan sebarang aktiviti penipuan dalam akaun bank mereka kepada bank yang berkaitan dengan segera.



Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah tersebut hendaklah menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengemukakan laporan dalam talian di https://www.police.gov.sg/iwitness.



Untuk nasihat berkaitan penipuan, mereka juga boleh menghubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688 atau pergi ke laman web https://www.scamalert.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >