Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran penipuan khidmat kereta sewa jelang Raya

May 23, 2019 | 06:28 PM



POLIS telah mengeluarkan amaran mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap penipuan khidmat sewa kereta menjelang musim perayaan yang akan tiba.


Tahun lalu, sekurang-kurangnya 83 mangsa ditipu sekitar $19,600 dalam penipuan sebegitu yang selalunya melibatkan mereka perlu membayar deposit jumlah penuh bagi menyewa kenderaan selepas memberi respons kepada iklan yang disediakan penipu.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (Khamis, 23 Mei), polis mengatakan bahawa terdapat contoh penipu menggunakan pejabat sementara untuk memastikan mereka tampak lebih boleh dipercayai oleh pelanggan.


Mangsa kemudian tidak dapat mengambil kenderaan mereka pada hari yang ditetapkan dan penipu tidak dapat dihubungi.


Orang ramai boleh menghubungi 1800-722-6688 atau lungsuri www.scamalert.sg bagi nasihat berkaitan penipuan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >