Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Polis beri amaran penipuan tiket Zouk di Telegram; lebih $2,300 lesap

Jun 29, 2022 | 05:30 AM

POLIS mengeluarkan amaran mengenai tiket untuk ke kelab malam Zouk yang dijual penipu di wadah sosial Telegram dengan sejak Mei lalu, mangsa telah kehilangan $2,300.

Menurut satu kenyataan polis semalam, sekurang-kurangnya 10 laporan telah dibuat berkaitan penipuan itu.

Penipu akan menyiarkan iklan yang menjual tiket ke Zouk di kumpulan Telegram seperti SG Clubbing.

Mereka kemudian akan meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan untuk tiket tersebut.

"Mangsa hanya menyedari bahawa mereka telah terpedaya apabila penipu tidak dapat dihubungi selepas kiriman wang dibuat," kata polis.

Polis menasihatkan orang ramai supaya membeli daripada penjual yang sah atau sumber ternama. Membeli tiket murah daripada penjual semula adalah berisiko, kata mereka.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan pilihan pembayaran yang akan melindungi mereka dengan mengeluarkan bayaran itu kepada penjual hanya selepas penghantaran barang.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada membuat bayaran pendahuluan atau kiriman melalui bank kepada penjual kerana cara ini tidak menawarkan sebarang perlindungan kepada pembeli.

Walaupun mengatur pertemuan fizikal untuk mengesahkan ketulenan tiket sebelum membuat pembayaran adalah cara alternatif, pembeli harus berhati-hati untuk bertemu orang yang tidak dikenali.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan jenayah demikian boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3