Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amaran polis tentang kes tipu dengan sasaran pengguna BigPay

Aug 31, 2021 | 06:45 PM



PENGGUNA penyedia khidmat digital BigPay dinasihati agar berhati-hati dengan golongan penipu yang menetapkan sasaran terhadap mereka.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (31 Ogos), pihak polis berkata dalam kes sebegini, golongan penipu akan menyamar sebagai kakitangan BigPay bagi meyakinkan mangsa agar memberi butiran peribadi mereka.



Panggilan tidak diminta ini dibuat dari nombor yang tidak dikenali menerusi WhatsApp.



Pengguna kemudian diberitahu bahawa mereka akan dibantu dalam permohonan kad baru atau dimaklumkan tentang isu mengenai akaun BigPay.



Penipu ini mahukan keterangan akaun BigPay dan kata laluan kegunaan sekali atau keterangan akaun bank.



Mereka boleh melakukannya dengan mendapatkan pengguna BigPay mengisi borang dalam talian dengan keterangan akaun mereka.



Pihak polis berkata si pemanggil mungkin berkongsi ID pekerja BigPay yang palsu bagi memperkukuh alasan kononnya mereka bekerja bagi penyedia khidmat itu.



Mangsa hanya menyedari mereka ditipu apabila mereka menemui bayaran yang tidak disahkan urusan pemindahannya pada akaun BigPay atau akaun bank.



Dalam pendedahan perangkaan jenayah pada Isnin (30 Ogos), polis berkata terdapat tambahan 16 peratus pada bilangan kes penipuan antara Januari dengan Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Jumlah keseluruhan penipuan dalam 10 jenis penipuan utama bertambah pada $168 juta dalam separuh pertama tahun ini, daripada $63.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.



Pihak polis menasihati orang awam agar selalu memastikan kesahihan panggilan yang dibuat dengan laman rasmi atau sumber rasmi seperti fungsi sembang khidmat pelanggan dalam aplikasi dalaman BigPay.



Polis juga menambah orang awam tidak harus memberikan keterangan peribadi seperti butiran daftar masuk akaun bank atau Singpass, BigPay dan kata laluan bagi kegunaan sekali pada sesiapa.



Jika mereka dapati ada urusan pemindahan yang tidak sepatutnya wujud pada akaun e-bayaran atau bank mereka, mereka harus melaporkannya kepada penyedia khidmat e-bayaran atau bank dengan segera.



Sesiapa dengan keterangan tentang penipuan ini boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-225-0000 atau lungsuri laman I-Witness bagi mengirimkan maklumat. Mereka yang memerlukan bantuan polis dengan segera harus menghubungi talian 999.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >