Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran tentang talian bank palsu di enjin pencarian Goggle

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



POLIS telah mengeluarkan amaran tentang iklan penipuan di enjin pencarian Google di mana bank palsu akan muncul apabila pengguna mencari nombor hubungan bank.



Sejak Disember lalu, sekurang-kurangnya 15 mangsa telah menjadi mangsa penipuan sedemikian, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Keseluruhannya, sebanyak $495,000 telah dicuri.



Dalam kes berkenaan, mangsa berniat mendapatkan nasihat bank dan mencari nombor telefon bank.



Mereka menemui nombor telefon palsu menerusi iklan penipuan yang muncul dalam beberapa hasil carian pertama pada enjin pencarian Google.



Mangsa akan menghubungi nombor palsu dan bercakap dengan penipu yang menyamar sebagai kakitangan bank.



"Selepas berkongsi sebab menghubungi bank, mangsa akan dimaklumkan bahawa ada masalah dengan akaun bank, kad kredit/debit atau jumlah pinjaman mereka," kata polis.



Mangsa kemudian diarahkan supaya membuat pemindahan sementara dana ke akaun bank lain, dengan alasan mahu membetulkan akaun bank itu; menyelesaikan isu kad kredit atau debit; atau membuat pembayaran bagi pinjaman tertunggak.



Dalam sesetengah kes, mangsa akan menerima mesej SMS dengan nama penghantar yang menunjukkan nama bank - yang telah dipalsukan.



Mesej itu akan mendakwa bahawa bank sedang memudahkan penetapan semula akaun bank mangsa "sebagai sebahagian daripada Kempen "Ayuh Lawan Penipuan" oleh Pusat Antipenipuan dan Pasukan Polis Singapura".



Mesej lain juga akan menyatakan bahawa mangsa perlu memindahkan wang supaya pinjaman awal dapat dilunaskan.



Polis berkata: "Mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu apabila mereka menghubungi bank melalui talian sahih untuk mengesahkan nombor akaun bank baru atau apabila bank menghubungi mereka untuk mengesahkan sebab sejumlah besar wang telah dipindahkan."



Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengesahkan maklumat dengan nombor yang disenaraikan di laman web rasmi bank, atau di sebalik kad yang dikeluarkan oleh bank.



Jangan pindahkan dana ke dalam akaun bank milik orang yang tidak dikenali, dan jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi atau butiran perbankan dan kata laluan sekali sahaja (OTP) kepada sesiapa, tambah polis.



Sebarang transaksi penipuan hendaklah dilaporkan kepada bank dengan segera.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes penipuan boleh menghubungi polis di 1800-255-0000 atau melaporkan di laman web polis.



Lebih banyak nasihat berkaitan langkah mencegah penipuan boleh didapati melalui talian 1800-7226688 atau di laman scamalert.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >