Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis beri amaran usah sertai himpunan haram sokong peladang di India

Dec 15, 2020 | 06:13 PM



PIHAK polis memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak menganjurkan atau turut serta dalam perhimpunan awam tanpa permit kerana ini melanggar undang-undang di Singapura.


Kenyataan yang dikeluarkan Selasa (15 Dis) itu juga menekankan bahawa permit tidak akan diberikan kepada perhimpunan untuk menyokong agenda politik negara lain.


Ini menyusuli kejadian di mana beberapa pos media sosial menunjukkan perhimpunan memberi sokongan kepada peladang di India.


Kenyataan itu menambah kes tersebut kini di bawah siasatan polis.


“Warga asing yang mengunjungi atau menetap di Singapura perlu mematuhi undang-undang di sini.


“Mereka yang melanggar undang-undang akan menghadapi tindakan tegas dan ini termasuk membatalkan visa atau pas pekerja jika perlu,” menurut kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >