Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas 2 wanita selepas penunggang basikal terjun ke bonet kereta bergerak di Katong.

Jun 06, 2023 | 07:26 PM



POLIS telah memberkas dua orang wanita - seorang pemandu kereta dan seorang penunggang basikal - yang terlibat dalam satu pertelingkahan di jalan raya dekat Katong.

Penunggang basikal yang mengenakan baju berwarna kuning telah dilihat menghadang kereta berwarna kelabu dan kemudian melompat ke atas bonet kereta itu, di luar pusat membeli-belah i12 Katong di East Coast Road.

Polis berkata pihaknya telah menerima panggilan pada 2 Jun, sekitar 3.20 petang mengenai insiden di 112 East Coast Road, lapor akhbar The Straits Times. Tidak ada kecederaan dilaporkan. Wanita itu masing-masing berumur 39 dan 41 tahun.

Polis sedang menyiasat kes itu dan menyifatkannya ini sebagai perbuatan terburu-buru.

Sebuah video berdurasi 39 saat telah dimuat naik ke laman Facebook “Beh Chia Lor – Singapore Road” menunjukkan seorang penunggang basikal sedang menghadang sebuah kereta berwarna kelabu di jalan raya tiga lorong. Wanita berbaju kuning dan bertopi keledar biru, dlihat bercakap di telefon, sebelum dia melompat ke atas bonet kereta tersebut.

Kereta lain boleh didengar membunyikan hon semasa kejadian ini berlaku.

Kereta kelabu itu kemudian dilihat bergerak ke arah pusat membeli-belah i12 Katong, dengan keadaan penunggang basikal itu berpaut pada bonet kereta.

Menurut akhbar Lianhe Zaobao, kereta kelabu itu dikatakan telah berhenti di depan pintu masuk i12 Katong. Beberapa orang yang berada di tempat kejadian kemudian menolong penunggang basikal tersebut untuk mengambil basikalnya yang tersadai di seberang jalan.

Seorang pemilik kedai urut yang berada di tempat kejadian berkata, pada mulanya, penunggang basikal itu enggan turun daripada kereta dan telah menjerit-jerit.

Beliau menambah bahawa wanita tersebut hanya turun daripada bonet kereta setelah dipujuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >