Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas 24 lelaki termasuk libat anggota kumpulan haram

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



POLIS telah memberkas 24 lelaki berusia antara 17 dengan 60 tahun, bagi pelbagai kesalahan menyusuli operasi bersama membanteras jenayah selama sebulan yang berlangsung antara 4 dengan 30 November lalu.



Operasi itu dipimpin Jabatan Kongsi Gelap di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan disokong Divisyen Polis Central dan Tanglin, menurut satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam.



Hampir 60 pusat hiburan awam dan kelab malam, makanan dan minuman (F&B) dan lebih 230 orang diperiksa semasa operasi tersebut.



Polis telah memberkas seramai 21 lelaki, berusia antara 17 dengan 60 tahun, kerana disyaki menjadi anggota kumpulan haram.



Lagi tiga lelaki, berusia antara 32 dengan 34 tahun, diberkas bagi pelbagai kesalahan.



Seorang lelaki berusia 32 tahun yang turut ditemui memiliki sebatang baton yang boleh dipanjangkan dan tiga alat rokok elektronik (e-rokok) atau vape, di sepanjang Claymore Drive dan dia diberkas bagi Akta Kesalahan-Kesalahan Lain dan Akta Tembakau.



Dia juga dikehendaki kerana gagal kembali ke institusi yang diluluskan di bawah Seksyen Peraturan Menyalah Guna Dadah.



Seorang lelaki berusia 34 tahun yang didapati memiliki kerambit di sepanjang Aliwal Street juga diberkas bagi kesalahan membawa senjata ofensif.



Dia juga dikehendaki bagi kesalahan mencuri.



Seorang lelaki berusia 33 tahun juga didakwa memiliki alat vape, pelbagai jenis pil, dan sebotol ubat batuk.



Dia diberkas bagi kesalahan mengambil dadah terkawal, memiliki alat vape dan racun.



Siasatan polis ke atas semua 24 lelaki sedang berjalan.



"Polis tidak mempunyai sebarang toleransi terhadap mana-mana kegiatan kongsi gelap yang mengancam keselamatan, keamanan awam serta peraturan baik masyarakat," kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >