Polis berkas 26 suspek penipuan komersial, e-dagang libatkan $460,000, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Polis berkas 26 suspek penipuan komersial, e-dagang libatkan $460,000

Feb 28, 2019 | 06:17 PM

POLIS memberkas 26 orang yang disyaki terlibat dalam penipuan e-dagang dan kesalahan berkaitan jenayah komersial.

Dalam kenyataannya hari ini (28 Feb), polis berkata 18 lelaki dan lapan wanita berusia antara 16 dengan 70 tahun diberkas selepas satu operasi tiga hari yang dijalankan oleh pegawai dari Divisyen Polis Jurong dari Isnin hingga Rabu.

Semua 26 suspek itu dipercayai terlibat dalam 50 kes dengan mangsa kehilangan lebih $460,000.

Daripada jumlah suspek itu, 21 disiasat atas pengubahan wang haram dan dipercayai telah membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk memudahkan penipuan.

Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya.

Berita Popular

Tiga suspek sedang disiasat kerana menipu. Jika didapati bersalah, mereka menghadapi penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Baki dua suspek disiasat atas pecah amanah sebagai pegawai. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map