Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas 33 lelaki disyaki terlibat dalam perjudian haram

Jun 05, 2020 | 04:00 PM



POLIS telah menahan 33 lelaki, berusia antara 28 dan 81 tahun, dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah dan divisyen polis bahagian darat.



Operasi penguatkuasaan ini dilakukan pada 3 Jun lalu di beberapa lokasi termasuk Jalan Kukoh, Bukit Merah, Toa Payoh, Ang Mo Kio, Eunos Crescent, Boon Lay Place dan Marsiling Road.



Menurut polis dalam kenyataannya hari ini, kesemua diberkas di bawah Akta Pertaruhan dan Perjudian Jarak Jauh 2014.



Wang tunai berjumlah kira-kira $9,003.80, dan barangan berkaitan dengan keperluan perjudian telah dirampas semasa operasi tersebut.



Siasatan sedang dijalankan. 



Polis juga sedang menyiasat 33 lelaki itu kerana melanggar langkah jarak selamat di bawah Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.



Di bawah Akta Pertaruhan, sesiapa yang bertaruh dengan penerima taruhan boleh didenda tidak melebihi $5,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali. 



Sesiapa yang didapati bersalah terlibat sebagai penerima taruhan boleh akan dikenakan denda tidak kurang daripada  $20,000 dan tidak lebih dari $200,000, dan juga akan dihukum penjara tidak melebihi lima tahun.



Di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh 2014, seseorang individu yang, di Singapura, berjudi menggunakan komunikasi jarak jauh dan menggunakan khidmat perjudian jarak jauh, jika didapati bersalah dan boleh didenda tidak melebihi $ 5,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. 



Di bawah akta yang sama, mana-mana orang yang membantu  boleh didenda tidak kurang dari $20,000 dan tidak lebih dari $200,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.



Menurut polis, mereka akan terus memerangi kegiatan jenayah, termasuk perjudian haram. 



Mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebut akan ditangani secara tegas sesuai dengan undang-undang. 



Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi semua bentuk perjudian haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >