Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas lelaki disyaki terlibat dalam siri penipuan khidmat seksual

Jun 05, 2020 | 11:45 AM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 19 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan perkhidmatan seksual.



Menurut polis dalam kenyataannya, pihaknya menerima laporan pada 29 Mei lalu dari seorang mangsa yang menyatakan dirinya ditipu setelah membuat pembayaran $140 selepas menjawab iklan dalam talian iklan untuk perkhidmatan seksual oleh seorang 'wanita'.



Setelah pembayaran dibuat, penipu itu tidak dapat dikawal.



Melalui siasatan, anggota polis dari Divisyen Bedok berjaya mengenalpasti identiti penipu itu dan menangkapnya semalam. 



Siasatan mendedahkan lelaki itu telah menyamar sebagai wanita di wadah dalam talian untuk menipu mangsa. 



Lelaki itu dipercayai menggunakan tipu muslihat yang sama ke atas sekurang-kurangnya tiga lelaki lain dengan jumlah keseluruhan $360 antara Disember 2019 hingga Mei 2020.



Siasatan polis sedang dijalankan. 



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penipuan, lawati www.scamalert.sg atau hubungi talian di 1800-722-6688.  



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi talian panas Polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness



Semua maklumat akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >