Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas lelaki ganggu ketenteraman awam

Jun 11, 2020 | 11:45 AM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 52 tahun kerana mengganggu orang ramai dan menyebabkan kecederaan secara sengaja.



Menurut polis dalam kenyatannya, mereka diberitahu pada 7 Jun lalu mengenai lelaki tersebut yang didakwa menampar wajah seorang lelaki lain beberapa kali di kawasan tempat letak kenderaan terbuka berhampiran pusat beli-belah NEX.



Kejadian berlaku kira-kira 5 petang sehari sebelumnya.



Melalui siasatan dan langkah susulan, anggota polis dari Divisyen Jurong dapat mengenalpasti identiti suspek dan menangkapnya semalam. 



Siasatan sedang dijalankan.



Kesalahan mengganggu orang ramai membawa hukuman denda sehingga $2,000. 



Sekiranya perbuatan itu dianggap boleh menyebabkan, dengan munasabah kebarangkalian, sebarang kecederaan biasa, bahaya atau kegusaran kepada orang ramai, atau orang-orang

secara amnya yang menetap atau menduduki harta benda di sekitarnya, kesalahan itu akan membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau denda hingga $2,000, atau kedua-duanya. 



Kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau didenda hingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.



Menurut polis, pihaknya memandang serius tingkah laku melampau, dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >