Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas remaja curi motosikal

Apr 23, 2020 | 08:56 AM



POLIS telah memberkas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri motosikal.



Dalam kenyataan lewat malam tadi, polis berkata ia menerima maklumat kira-kira 11.25 malam pada 19 April lalu menyatakan sebuah motosikal yang diletakkan di laluan Woodlands Avenue 4 telah dicuri.



Hasil siasatan polis berjaya mengenalpasti orang yang disyaki, dan anggota dari Polis Divisyen Woodlands telah memberkasnya dalam masa 24 jam.



Motosikal itu ditemui di kawasan Woodlands Street 82.



Polis masih menyiasat dan sedang meneliti kemungkinan suspek juga melanggar arahan pemutus litar.



Bagi kesalahan mencuri kenderaan bermotor, seseorang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan didenda. 



Polis menasihatkan pemilik motosikal agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan, umpamanya, meletakkan motosikal mereka di tempat yang terang.



Mereka juga digalakkan menggunakan kanvas untuk menutup motosikal dan mengikat hujung dan pangkalnya, di samping menggunakan pengunci tambahan di bahagian brek atau pelindung suspensi.



Pemilik motosikal juga diingatkan untuk menarik keluar kunci dan mengunci motosikal, dan tidak meninggalkan kunci simpanan dalam peti motosikal.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >