Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas wanita terlibat kes tipu sewa

Aug 26, 2022 | 08:24 PM



Polis telah memberkas seorang wanita berusia 56 tahun yang disyaki terlibat dalam satu siri tipu sewa.



Menurut polis dalam kenyataannya petang tadi (26 Ogos), antara Mac dan April tahun ini, pihaknya menerima beberapa laporan daripada mangsa yang menjawab iklan yang dipaparkan di laman Carousell, mendakwa menawarkan unit untuk disewa di beberapa kawasan di sini.



Selepas melihat unit itu secara peribadi, mangsa diminta membayar pendahuluan kepada wanita itu untuk menjamin sewaan mereka.



Wanita itu kemudian tidak dapat dihubungi selepas bayaran dibuat.



Hasil siasatan lanjut dan dibantu rakaman kamera polis, Divisyen Polis Woodlands berjaya mengenalpasti wanita berkenaan dan memberkasnya hari ini.



“Wanita itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 20 kes serupa melibatkan penipuan rumah sewa dengan kerugian mencecah lebih $35,000.



Wanita ini akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas kesalahan menipu, dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Orang ramai dinasihatkan agar memeriksa kesahihan ejen hartanah itu dengan memastikan mereka mempunyai pendaftaran sah yang diperakui Majlis Agensi Hartanah (CEA) dengan mencari nombor telefon ejen itu dalam daftar laman rasmi CEA.



Jika profil ejen hartanah itu tidak muncul selepas mencari nombor telefon mereka, ia bermakna ejen tersebut tidak mendaftar nombor telefon yang dipapar dalam iklan dengan CEA dan iklan itu mungkin palsu.



Orang awam juga boleh menghubungi agensi ejen hartanah itu untuk menjamin kesahan iklan tersebut.



Selain itu, orang ramai digesa agar berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor mempunyai “+” di depannya yang berasal dari luar negara.



Jangan membuat sebarang bayaran sebelum melihat hartanah, dan jangan mendedahkan butiran peribadi, kad kredit, butiran bank atau kata laluan termasuk kata laluan sekali sahaja kepada sesiapa, tegas polis.



Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan penipuan sedemikian boleh menghubungi polis menerusi talian 1800-255-0000, atau membuat laporan menerusi pautan: www.police.gov.sg/iwitness



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >