POLIS sedang memohon maklumat mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Nur Fatin Masri, 12 tahun, kali terakhir dilhat di Blk 184C Rivervale Crescent pada Isnin (4 Mei), kata polis dalam kenyataannya pada Selasa (5 Mei).
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Nur Fatin diminta menghubungi hotline polis di 1800-255-0000, atau memberikan maklumat itu di dalam talian menerusi www.police.gov.sg/iWitness. Semua maklumat yang diterima dirahsiakan.