Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis cari suspek susulan kematian dua budak lelaki di Upper Bukit Timah

Jan 22, 2022 | 07:20 PM



Polis sedang mencari seorang suspek lelaki pada Jumaat malam (21 Jan) selepas dua kanak-kanak ditemui mati dekat dengan sebuah taman permainan di Upper Bukit Timah pada hari yang sama. 



Pemandu teksi yang menerima pesanan teks, yang disahkan polis kepada Berita Harian, dimaklumkan supaya berwaspada terhadap seorang lelaki yang tidak diketahui bangsanya dan kali terakhir dilihat pada 3 petang di Greenridge Crescent.



Mayat pasangan kembar lelaki berusia 11 tahun itu, dikatakan telah ditemui di dalam sebuah longkang besar berdekatan dengan taman permainan tersebut. Dua beradik itu dilaporkan berkeperluan khas. 



Makluman berkenaan yang sudahpun dihentikan, menyifatkan lelaki berkenaan sebagai berusia 30 tahun hingga 40 tahun, berkulit sawo matang, memakai kemeja kelabu dan memakai kasut sukan. 



Difahamkan belum ada penangkapan yang dibuat. 



Menurut satu kenyataan pada Sabtu (22 Jan), polis berkata mereka menerima panggilan dari seorang lelaki yang meminta bantuan di sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, pada Jumaat sekitar 6.25 petang. 



Setibanya polis di tempat kejadian, kededua anak lelaki itu ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam longkang besar serta diisytiharkan meninggal dunia oleh paramedik. 



Polis telah menyifatkan kematian itu sebagai tidak semula jadi dan siasatan masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >