Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Polis dilihat di luar bank Standard Chartered di Holland Village, kawasan dikepung

Jul 07, 2016 | 01:58 PM

PEGAWAI polis yang memakai jaket kalis peluru dilihat di luar cawangan bank Standard Chartered di Holland Village pada Khamis (7 Julai) dan kawasan itu dikepung.

Seorang pelanggan di Citibank di sebelah bank itu berkata beliau melihat sebanyak 10 kereta polis dan dua van polis di kawasan itu.

Pegawai polis yang memakai jaket kalis peluru dan dilengkapi dengan perisai rusuhan juga dilihat, ujar pelanggan itu, yang enggan namanya disiarkan.

Kawasan di sekitar bank itu dikepung, katanya.

Polis dilihat di luar cawangan bank StandChart di Holland Village. Difahamkan ia melibatkan kes rompakan dan seorang suspek.

Berita Popular

Pengguna Twitter Travers Tan, yang sedang makan tengah hari berhampiran, berkata beliau terdengar pemerhati mendakwa bahawa bank itu telah dirompak.

Sebagai respons kepada pertanyaan, jurucakap polis mengesahkan laporan polis dibuat berhubung satu kejadian di kawasan itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Siasatan polis masih berjalan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map