Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis, firma dagangan gagalkan percubaan kes tipu $500,000

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



POLIS berjaya menggagalkan percubaan penipuan melibatkan $500,000 hasil kerjasama dengan QCP Capital Pte Ltd, sebuah firma dagangan aset digital di Singapura.



Dalam kenyataannya, polis berkata pada 28 Oktober lalu sekitar 7.30 malam ia telah dimaklumkan kakitangan firma tersebut tentang kes penipuan yang disyaki.



Para pegawai daripada Pusat Anti-Penipuan Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dapat menentukan bahawa seorang wanita berusia 59 tahun telah ditipu dan diminta memberikan butiran peribadi dan butiran akaun banknya.



Siasatan mendedahkan pada 22 Oktober 2021, mangsa telah menerima panggilan daripada mesin suara automatik.



Lelaki di sebalik suara tersebut, yang mendakwa dirinya daripada Mahkamah Tinggi, kononnya memberitahu mangsa bahawa dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram oleh seorang yang tertuduh.



Apabila mangsa menafikan mengenali tertuduh, lelaki itu menasihati mangsa untuk membuat laporan.



Panggilan tersebut kemudian didakwa dipindahkan kepada seseorang yang mengaku sebagai 'Inspektor Lim' daripada Pasukan Polis Singapura.



Mangsa kemudian disuruh oleh inspektor tersebut memberikan butiran peribadinya dan semua butiran akaun perbankannya termasuk kelayakan perbankan Internet untuk tujuan siasatan polis.



Mangsa juga disuruh memuat turun aplikasi pesanan ringkas untuk melaporkan pergerakan hariannya.



Pada 28 Oktober lalu, QCP Capital Pte Ltd mendapati percanggahan apabila seorang pelanggan baru menggunakan identiti mangsa cuba mendaftar akaun dalam talian dengan syarikat tersebut.



Selepas melakukan semakan wajar sebahagian proses mereka, QCP Capital Pte Ltd mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan segera memaklumkan hal tersebut kepada polis.



"Disebabkan campur tangan yang tepat pada masanya, polis berjaya meyakinkan mangsa bahawa dia telah menjadi mangsa Penipuan Penyamaran Pegawai Pemerintah dan berjaya menggagalkan percubaan penipuan yang melibatkan sejumlah $500,000," kata polis, yang turut mengiktiraf QCP Capital Pte Ltd dan kakitangannya atas kewaspadaan mereka.



Dalam kenyataan yang sama, polis berkata antara Januari dengan September tahun ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 mangsa yang ditipu penipu yang menyamar sebagai pegawai pemerintah, dengan wang sebanyak $6.8 juta ditipu.



"Polis tidak akan meminta mangsa membantu dalam siasatan dengan memberikan nombor bank akaun, butiran perbankan Internet dan kata laluan mereka.



"Tiada pegawai pemerintah yang akan mengenalkan diri dengan menghantar gambar kad waran atau dokumen pegawai melalui aplikasi media sosial kerana dokumen-dokumen ini adalah rahsia," tekan polis.



Menasihati orang ramai, polis berkata jika panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali diterima, usah menjawab panggilan tersebut.



"Penipu boleh menggunakan teknologi penipuan ID pemanggil untuk menutup nombor telefon sebenar dan menunjukkan nombor berbeza.



"Panggilan yang nampak seperti nombor setempat kemungkinan tidak dibuat daripada Singapura," kata polis.



Mereka juga berkata, abaikan arahan mengirimkan atau memindahkan wang kerana "tiada agensi pemerintah yang akan menyuruh anda melakukan pembayaran melalui panggilan telefon, terutama kepada akaun bank pihak ketiga".



Selain itu, orang ramai dinasihati untuk tidak memberikan maklumat peribadi atau butiran bank mereka sama ada di laman web atau melalui telefon.



Bagi maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Anti-Penipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >