Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Hati-hati cari pekerjaan dalam talian; elak terjebak sebagai 'keldai wang'

Apr 30, 2020 | 08:34 PM



POLIS hari ini memberi amaran kepada mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan yang membolehkan mereka bekerja dari rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, agar berhati-hati agar tidak terjebak dalam sindiket penipuan.



Dalam kenyataannya, polis berkata mereka yang kini sedang mencari pekerjaan secara dalam talian secara tidak sedar mungkin digunakan sebagai 'keldai wang' untuk mengalihkan wang yang terhasil dari aktiviti jenayah.



Secara umumnya, tawaran pekerjaan palsu yang disenaraikan ini memerlukan seseorang melakukan sesuatu untuk mendapat komisyen. 



Antara lain, perlu melakukan pemindahan wang secara dalam talian setelah menerima wang di akaun peribadi mereka, menggunakan perkhidmatan seperti Western Union atau MoneyGram.



Mereka juga mungkin diminta membuka akaun bank menggunakan nama mereka untuk sebuah perniagaan; atau, menerima sumbangan derma ke dalam akaun bank peribadi dan membantu memasukkan wang itu ke kiosk kriptowang.



"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menerima tawaran pekerjaan sebegini yang memerlukan mereka menjalankan pemindahan wang atau membuka akaun bank yang baru. Mereka mungkin secara tidak sengaja telah melakukan satu perbuatan jenayah dengan membantu melakukan pemindahan wang dari aktiviti jenayah," menurut polis dalam kenyataannya itu.



Polis memberi amaran bahawa bank akaun pelaku akan dibekukan dan mereka akan disiasat.



Jika sabit kesalahan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Hasil), seseorang boleh dipenjara sehingga 10 tahun, atau didenda sehingga $500,000 atau kedua-duanya sekali.



Orang ramai diingatkan sekiranya mereka menerima dana yang dicurigai di dalam akaun bank mereka, diminta untuk tidak mengeluarkan atau memindahkan wang tersebut. Mereka hendaklah melaporkan segera ke pihak bank dan polis. 



Jika sesiapa ada maklumat berkenaan penipuan sebegitu, diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000, atau membuat laporan secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.



Sekiranya memerlukan bantuan polis, mereka boleh hubungi talian ‘999’.



Orang ramai yang ingin mendapatkan nasihat berkaitan penipuan, boleh menghubungi talian 1800-722-6688 atau lawat laman www.scamalert.sg.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >