Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Hati-hati penipuan tawar kerja, judi dalam talian

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan cara penipuan pekerjaan dan perjudian dalam talian baru yang melibatkan mesej pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada mangsa daripada alamat e-mel meragukan, seperti yang berakhir dengan '@163.com'.



Polis, yang menjelaskan kaedah penipuan tersebut dalam satu kenyataan kelmarin, berkata bagi penipuan pekerjaan, mesej teks yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji yang tinggi akan dihantar kepada mangsa.



Mesej itu mendakwa bahawa pekerjaan itu memerlukan pekerja membantu peniaga meningkatkan jualan dengan melakukan tugas seperti meletakkan barang dalam troli beli-belah, tekan butang 'like' di pos dalam media sosial atau membuat bayaran kepada akaun bank untuk menerima komisen berdasarkan jumlah yang dipindahkan.



Setelah itu, si penipu akan memaklumkan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi mempermudahkan bayaran dan akan memerlukan mangsa membuat bayaran pendahuluan sebelum menerima bayaran balik bagi komisen mereka.



Bagi kes penipuan perjudian dalam talian pula, mesej teks yang menawarkan ganjaran menarik untuk menyertai platform perjudian dalam talian akan dihantar kepada mangsa.



Polis menasihatkan orang ramai mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah, seperti tidak menerima tawaran meragukan yang menjanjikan pulangan lumayan dengan usaha minimum, dan melaporkan mesej penipuan melalui fungsi dalam aplikasi telefon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >